Sunday, 2 February 2014

ADAT DAN ETIKA

Pengertian 

Adat  
Adat, peraturan yang sudah diamalkan turun-temurun dalam sesuatu masyarakat sehingga menjadi hukum yang harus dipatuhi. Perkataan adat berasal daripada bahasa Arab bermaksud kebiasaan. Kedatangan Islam ke Alam Melayu membawa konsep ini dengan makna yang lebih luas dan mendalam sehingga merangkumi keseluruhan cara hidup yang kini ditakrif sebagai kebudayaan, undang-undang, sistem masyarakat, upacara, dan segala kebiasaan yang sering dilakukan, seperti cara makan atau cara duduk.

Pepatah melayu ada mengatakan 'Biar mati anak jangan mati adat'

Etika 

umumnya boleh ditakrifkan sebagai prinsip-prinsip tingkah laku moral yang diterima oleh masyarakat.Etika juga bermakna kepercayaan peribadi individu tentang tingkah laku yang betul dan salah.Terdapat tiga implikasi mewajarkan pertimbangan tentang etika:

a.Etika hanya ada pada individu - Orang mempunyai etika, tetapi tidak pada organisasi;

b.Pembentukan tingkah laku beretika boleh berbeza-beza dari seorang ke seorang yang lain; 
c.Etika adalah relatif dan tidak mutlak. Ini bermakna bahawa apa yang dikatakan sesuatu   kelakuan itu dapat dilihat sebagai beretika, ia biasanya sesuai dengan norma-norma sosial secara umumnya dan boleh diterima.

No comments:

Post a Comment