Sama-samalah kita berdoa..
Monday, 10 March 2014
Tuesday, 4 February 2014
Sunday, 2 February 2014
ADAT DAN ETIKA MASYARAKAT JEPUN
Orang Jepun bukan saja berjaya mempelopori atau pun mendahului kecanggihan Sains dan Teknologi malah turut mendahului bangsa lain di dunia dengan sikapdiri, sosio ekonomi, budaya serta etika kerja cemerlang.
Pada 8 Februari 1982 Kerajaan Malaysia ketika itu dipimpin oleh mantan Perdana Menteri ke -4 telah melancarkan ekonomi Dasar Pandang ke Timur iaitu menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai contoh etika bekerja bagi kakitangan kerajaan dan swasta.CONTINUE >>>>>
ADAT BERNIAGA MASYARAKAT CINA
~"Sekiranya kerajinan kita sama dengan orang-orang barat, kita masih tidak dapat untuk menyainginya. Jika ingin lebih berjaya daripada mereka, kita tidak mempunyai pilihan lain kecuali berkerja lebih kuat daripada mereka~
(Tokoh konglomerat Korea Selatan, Kim Woo Choong)
Berniaga bukan satu kerjaya kerana terpaksa, ia memerlukan satu komitmen yang cukup besar dan minat yang mendalam. Hanya mereka yang mempunyai daya usaha berlipat kali ganda sahaja yang akan melepasi halangan dan cabaran sehingga tersenarai dalam "ranking" usahawan berjaya. Sebagai seorang usahawan juga saya begitu tertarik dan teruja membaca catatan setebal 150 muka surat oleh seorangpengarang Cina Muslim yang menerbitkan buku bertajuk "Rahsia Bisnes Orang Cina". Catatan yang padat dengan tip-tip perniagaan orang cina ini banyak membantu saya untuk berfikir semula dan bertanya "adakah ciri-ciri itu tiada di dalam jatidiri orang-orang melayu khususnya. Buku karangan Ann Wan Seng ini mencatatkan:-CONTINUE >>>>>>
ETIKA PERNIAGAAN
Etika perniagaan adalah prinsip-prinsip moral yang standard kelakuan perniagaan yang diterima oleh komuniti peniaga dan dunia perniagaan. Ia merupakan satu set nilai dan peraturan yang merangkumi peraturan yang baik atau buruk di dalam operasi perniagaan. Pada kebiasaannya pihak kerajaan, orang ramai, pesaing dan individu menentukan apa yang boleh diterima umum. Sebagai contoh, seorang usahawan yang beretika pada kebiasaannya adalah seorang yang jujur dan amanah.
Pada 8 November 1983, Etika Amalan Perniagaan Malaysia (EAPM) telah dilancarkan oleh Menteri Perdagangan dan Perindustrian Malaysia. Etika ini merupakan usaha kerajaan untuk menimbulkan satu kesedaran di kalangan para peniaga supaya mempunyai tanggungjawab moral dan sosial. Etika ini diwujudkan kerana desakan pergerakan yang menyatakan terhadap peningkatan berbagai amalan yang tidak sihat, contohnya perkhidmatan yang tidak memuaskan dan pembaziran barangan dalam pasaran.
Etika perniagaan adalah penting kerana ia akan menyesuaikan perniagaan dengan nilai dan jangkaan masyarakat. Usahawan dan perniagaan dijangka mematuhi Akta dan Undang-undang tempatan. Selain daripada peraturan dan akta perniagaan, keputusan beretika dapat menguatkan perhubungan dan Kepercayaan dalam dunia perniagaan. Keputusan perniagaan yang tidak beretika bukan sahaja menghilangkan kepercayaan pelanggan tetapi juga melemahkan perniagaan di kemudian hari kelak.
Contoh keadaan perniagaan tang tidak beretika adalah seperti sesetengah penjual yang mengenakan harga yang berlainan terhadap pelanggan yang berlainan. Ini biasa berlaku di pasar malam atau kedai runcit. Ini dikatakan kurang beretika dan dilarang oleh undang-undang.
Terdapat 5 amalan perniagaan yang bertanggungjawab di Malaysia, antaranya;
i) Golongan usahawan harus mengenal dan menerima hak-hak pengguna.
ii) Tugas memastikan etika perniagaan yang jujur dan wajar adalah bertanggungjawab utama golongan usahawan.
iii) Sebarang pertanyaan lisan atau tuduhan yang tidak benar, mengelirukan, menipu atau
memburuk - burukkan pesaing secara palsu atau tawaran jualan barangan atau perkhidmatan yang tidak jujur seharusnya dikeluarkan.
iv) Pernyataan yang mengelirukan atau butir-butir maklumat amat penting yang ditinggalkan atau dikabur adalah tidak dibenarkan.
v) Semua amalan perniagaan hendakalah mematuhi prinsip persaingan yang adil. Khususnya dari segi syarat-syarat, pengiklanan, cara pengedaran dan penjualan.Seoarang usahawan yang beretika tidak bermakna seorang yang lemah atau menjadi mangsa masyarakat. Tetapi ianya akan menyebabkan usahawan menjadi seorang yang tabah dan mematuhi nilai dan Kepercayaan kukuh. Penghayatan terhadap isu-isu etika merupakan satu tanggungjawab sosial yang akan mengukuhkan kedudukan perniagaan dari segi kewangan, meningkatkan kesetiaan pelanggan dan sokongan masyarakat terhadap perniagaan
ADAT DAN ETIKA
Adat, peraturan yang sudah diamalkan turun-temurun dalam sesuatu masyarakat sehingga menjadi hukum yang harus dipatuhi. Perkataan adat berasal daripada bahasa Arab bermaksud kebiasaan. Kedatangan Islam ke Alam Melayu membawa konsep ini dengan makna yang lebih luas dan mendalam sehingga merangkumi keseluruhan cara hidup yang kini ditakrif sebagai kebudayaan, undang-undang, sistem masyarakat, upacara, dan segala kebiasaan yang sering dilakukan, seperti cara makan atau cara duduk.
Pepatah melayu ada mengatakan 'Biar mati anak jangan mati adat'
Etika
umumnya boleh ditakrifkan sebagai prinsip-prinsip tingkah laku moral yang diterima oleh masyarakat.Etika juga bermakna kepercayaan peribadi individu tentang tingkah laku yang betul dan salah.Terdapat tiga implikasi mewajarkan pertimbangan tentang etika:
a.Etika hanya ada pada individu - Orang mempunyai etika, tetapi tidak pada organisasi;
b.Pembentukan tingkah laku beretika boleh berbeza-beza dari seorang ke seorang yang lain;
c.Etika adalah relatif dan tidak mutlak. Ini bermakna bahawa apa yang dikatakan sesuatu kelakuan itu dapat dilihat sebagai beretika, ia biasanya sesuai dengan norma-norma sosial secara umumnya dan boleh diterima.
Etika
umumnya boleh ditakrifkan sebagai prinsip-prinsip tingkah laku moral yang diterima oleh masyarakat.Etika juga bermakna kepercayaan peribadi individu tentang tingkah laku yang betul dan salah.Terdapat tiga implikasi mewajarkan pertimbangan tentang etika:
a.Etika hanya ada pada individu - Orang mempunyai etika, tetapi tidak pada organisasi;
b.Pembentukan tingkah laku beretika boleh berbeza-beza dari seorang ke seorang yang lain;
c.Etika adalah relatif dan tidak mutlak. Ini bermakna bahawa apa yang dikatakan sesuatu kelakuan itu dapat dilihat sebagai beretika, ia biasanya sesuai dengan norma-norma sosial secara umumnya dan boleh diterima.
Saturday, 1 February 2014
ADAT MASYARAKAT INDIA
Kaum
India juga bukanlah penduduk asal Malaysia. Kemasukan masyarakat India ke Tanah
Melayu sudah berlaku sejak sekian lama. Samada kemasukan itu suatu bentuk
penghijrahan atau sekadar merantau untuk mencari rezeki, hakikatnya kemasukan
ini sudah berlaku sejak sekian lama. Apabila Melaka muncul sebagai pusat
perdagangan serantau menjelang abad ke 15,masyarakat India yang terdiri
daripada golongan pedagang, sami Buddha dan Hindu, tukang dan sebagainya tidak
terlepas pandang untuk memasuki Tanah Melayu dengan pelbagai kepentingan.
Kemasukan mereka ini juga sudah pasti membawa bentuk adat istiadat mereka yang
tersendiri.
Masyarakat
India biasanya mengikuti adat resam yang berteraskan agama Hindu meskipun ramai
orang India pada hari ini beragama lain. Seperti kaum-kaum lain di Malaysia,
mereka juga mempunyai budaya berkunjung ke rumah rakan dan sanak saudara serta
turut bersedia menerima kunjungan dari jiran tetangga. Didalam masyarakat
India, jika kita ingin berkunjung kerumah tetamu, amatlah digalakkan membawa
buah tangan sebagai tanda terima kasih kepada tuan rumah. Mereka juga biasanya
melangkah kedalam rumah dengan kaki kanan dahulu.
Kaum
India juga mengamalkan adat bertegur sapa sesama sendiri. Mereka menyapa dengan
sebutan ‘vanakam’ dan sentiasa bertanyakan tentang kesihatan, kerja, perniagaan
atau sebagainya antara rakan dan sanak saudara mereka. Apabila tetamu
bertandang ke rumah mereka, tetamu sentiasa dijamu dengan minuman atau makanan
dan tetamu mesti sudi menerima hidangan dengan baik sebagai tanda hormat kepada
tuan rumah. Didalam masyarakat India juga, jika menerima sesuatu, dimestikan
menggunakan tangan kanan sebagai tanda kebaikan dan kesyukuran.
Keluarga
amat penting dalam masyarakat India. Meskipun bapa memainkan peranan utama
tetapi ibu adalah institusi yang paling dihormati dan dianggap mulia, ‘Ibu
adalah umpama Tuhan’ dan anak perempuan juga dipanggil ‘amma’ seperti seorang
ibu didalam tradisi India. Oleh itu, penjagaan anak perempuan amat dititik
beratkan terutama ketika mereka masih dara.
Seorang
suami pula didalam masyarakat India adalah ‘Tuhan bagi isterinya’ dan mesti
sentiasa dihormati. Oleh kerana itu, proses perkahwinan India mesti ditentukan
oleh seorang ketua agama yang membuat tilikan masa bertuah serta keserasian
pasangan yang akan berkahwin. Masa perkahwinan yang dianggap bertuah amatlah
penting bagi menjalankan segala acara dan upacara untuk mengelakkan berlakunya
malapetaka ataupun nasib buruk. Untuk mengelakkan dari keadaan buruk, maka
biasanya perkahwinan dilakukan pada waktu tengah malam atau waktu matahari akan
naik. Upacara perkahwinan dilakukan di rumah pengantin perempuan ataupun di
kuil oleh seorang ketua agama. Pada satu kawasan empat segi di kuil itu, sami
akan menyalakan api dan menyembah Tuhan untuk menyaksikan perkahwinan itu.
Seperti
juga adat kaum-kaum lain, kelahiran seorang bayi adalah acara yang penting
kepada keluarga dan masyarakat India. Semua saudara mara akan dimaklumkan
apabila lahirnya seorang bayi. Selama 16 hari selepas kelahiran bayi, ahli
keluarga tidak boleh melakukan sebarang upacara agama. Pada hari ke 16
kelahiran, upacara penting diadakan untuk menamakan anak. Ketika ini rumah dan
buaian akan dihias cantik dan jiran-jiran dijemput bersama meraikan upacara
tersebut.
Dalam
aspek pemberian nama anak, nama seorang anak diperolehi dari almanak Hindu
mengikuti bintang dan hari kelahirannya. Seorang ketua agama akan dirujuk untuk
mencari nama bertuah mengikuti aksara bintangnya. Ketika menamakan itu, bayi
dipangku oleh orang tua satu persatu sambil dinyanyikan doa agama oleh kaum
wanita mereka.
Dari
aspek perayaan, terdapat banyak perayaan di kalangan masyarakat India. Di
sepanjang tahun, mengikut kalendar Hindu mereka akan mengadakan pelbagai
upacara sembahyang berkaitan musim dan perubahan tahun seperti di negeri India.
Masyarakat Hindu akan bersembahyang sebanyak tiga kali sehari iaitu pada waktu
pagi, tengahari dan petang di tempat tertentu di rumah. Mereka juga pergi ke
kuil untuk bersembahyang ataupun mengadakan upacara agama.
Perayaan
kaum India diadakan dengan mengikuti peredaran bulan dan setiap bulan ditandakan
oleh bulan mengembang dan bulan menirus. Terdapat 21 jenis perayaan didalam
adat masyarakat India. Perayaan-perayaan itu termasuklah Deepavali, Thaipusam
dan Thaiponggal.
Deepavali
ialah ‘perayaan cahaya’ sebagai tanda kejayaan ‘cahaya’ ke atas ‘gelap’ atau
‘ilmu’ ke atas ‘kejahilan’ ataupun ‘keadilan’ mengatasi ‘kezaliman’. Inilah
perayaan paling utama bagi masyarakat India. Pada hari ini sembahyang akan
diadakan terutama untuk mendoakan roh keluarga yang sudah meninggal dunia.
Thaipusam
pula adalah perayaan bulan “Thai” untuk membersihkan diri dengan menggunakan
susu, madu dan bunga di kuil dan membuat persembahan kepada Dewa Subramaniam.
Pada masa perayaan ini diadakan, ‘kavadi’ yang berisi buah-buahan, susu dan
akan dibawa pelbagai persembahan.
Thaiponggal
pula merupakan perayaan menuai dan ‘masak padi baru’ serta ‘memuja semangat
padi’. Ia adalah masa yang amat baik untuk mangadakan perkahwinan dan upacara
lain. Rumah akan dibersihkan dan dihiasi, ‘ponggal’ pula akan dimasak di dalam
periuk baru untuk dipersembahkan kepada Dewa Matahari dan juga disedekahkan
kepada jiran tetangga.
ADAT MASYARAKAT CINA
Masyarakat
Cina di Malaysia juga seperti masyarakat-masyarakat lain yang mempunyai adat
dan cara hidupnya sendiri. Secara teorinya, dapat kita katakan bahawa adat kaum
Cina di Malaysia ialah warisan daripada negara China. Ini memandangkan berlaku
proses kemasukan besar-besaran kaum Cina ke Tanah Melayu pada awal abad ke 19
dahulu, kemasukan kaum Cina ke Tanah Melayu ketika itu secara tidak langsung
telah membawa sekali segala adat istiadat mereka.
Kaum
Cina di Malaysia mempunyai beberapa pegangan dalam menjalankan proses kehidupan
mereka, seperti juga lain-lain kaum, masyarakat Cina juga mempunyai adat
tentang perkahwinan, kematian, dan sebagainya. Apa yang menarik berkenaan adat
kaum Cina ialah suatu bentuk adat dan petua untuk kehidupan yang mereka namakan
“Feng Shui”, yang mana pengaruhnya masih menebal dalam kalangan mereka pada
hari ini. Lazimnya adat istiadat Cina dipengaruhi oleh unsur Buddha yang
menjadi pegangan kebanyakan ahli dalam masyarakat Cina. Falsafah lampau juga
banyak mempengaruhi adat istiadat Cina sehingga menyebabkan mereka mempunyai
pelbagai acara-acara dan pantang larang yang berorientasikan adat.
Seperti
juga masyarakat majoriti Melayu dan Islam, masyarakat Cina juga mementingkan
nasab keluarga dari sebelah lelaki. Nama pangkal seseorang iaitu nama keluarga
didalam masyarakat Cina ialah nama keluarga disebelah lelaki. Sebagai contoh,
nama Prof. Dr. Teo Kok Seong dan Prof. Wang Gunwu, nama pangkal mereka iaitu
Teo dan Wang itu ialah nama warisan keluarga ayah mereka yakni nama keluarga
sebelah lelaki. Ini merupakan salah satu aspek adat yang menjadi amalan
masyarakat Cina. Kaum lelaki Cina juga seperti kebanyakan lelaki bangsa lain,
dilantik menjadi ketua keluarrga dan merupakan waris utama pusaka keluarga.
Kepentingan
meneruskan kesinambungan keluarga didalam masyarakat Cina menyebabkan
perkahwinan seorang lelaki didalam keluarga adalah amat penting. Secara
tradisi, perkahwinan tersebut akan mengikuti beberapa upacara yang bermula
dengan merisik oleh seorang perantara hinggalah perkahwinan. Namun, pada zaman
yang lebih moden ini, hanya pendaftaran menurut undang-undang saja yang
diperlukan dan akan diadakan majlis keraian yang mewah di restoran.
Kelahiran
anak mengikut adat dan pantang larang Cina ialah sangat penting. Justeru
kesihatan si ibu dan kandunganya adalah amat dititik beratkan. Si ibu
digalakkan tidur dan makan dengan baik, membaca buku yang baik dan melihat
benda-benda yang cantik. Apabila anak itu dilahirkan, anak itu dibersihkan dan
akan dibedung. Pada hari ke 29 kelahiran, rambut si anak dicukur dan rambutnya
dibungkus dengan kain merah. Rambut itu akan digantung berdekatan bantalnya
selama 100 hari dan kemudian rambut itu dibuang ke sungai. Anak itu diharap
akan menjadi berani pada masa hayatnya. Setelah sebulan kelahiran anak itu,
upacara Bulan Penuh akan diadakan dengan meriah. Ulang tahun kelahiran
seseorang kaun Cina tidak akan diperingati, kecuali diperingati oleh anaknya
apabila seseorang itu sudah tua dan ianya akan diadakan secara besar-besaran.
Kematian
ibu bapa dalam masyarakat Cina adalah upacara yang amat berharga dan mahal
kosnya yang terpaksa ditanggung oleh anak-anak. Keranda yang baik, tanah
kuburan yang baik dan pakaian kematian yang bagus pastinya memerlukan belanja
besar. Bagi masyarakat Cina inilah hadiah terbaik seorang anak kepada ibu
bapanya. Jika si anak tidak mampu, masyarakat sekeliling pasti akan membantu.
Anak lelaki yang tua memainkan peranan utama memastikan upacara mandi, memberi
makan, kafan dan bertanggungjawab memasukkan mayat ke dalam keranda seperti
yang dinasihatkan oleh seorang tukang tilik. Keranda tersebut akan dijaga
hingga beberapa hari tertentu untuk lawatan dan sembahyang seterusnya akan
dikebumikan pada satu hari yang ganjil.
Didalam
masyarakat Cina, upacara pengkebumian adalah acara yang amat meriah dengan
dipenuhi dengan peraturan dan adat tertentu. Selepas pengkebumian mayat, akan
diadakan pelbagai upacara lain terutama adat pembakaran colok dan alatan yang
diperbuat daripada kertas sebagai bekalan hidup si mati di alam akhirat.
Upacara ini biasanya akan diketuai oleh seorang Sami yang diamanahkan oleh
keluarga si mati. Oleh kerana adat kematian ini dianggap terlalu penting dalam
masyarakat Cina, banyak kepercayaan dan pantang larang mesti diperhatikan dan
dipatuhi apabila berlaku sesuatu kematian.
Sepanjang
tahun dalam kehidupan masyarakat Cina, banyak sekali perayaan yang diikuti dan
diraikan oleh orang Cina. Setiap bulan, pasti ada kegiatan dan upacara tertentu
serta dewanya yang berlainan untuk dipuja. Adat resam masyarakat Cina amat banyak
dan ianya akan diamalkan mengikut perubahan musim pertanian dan negeri China.
Antara
upacara-upacara yang diraikan masyarakat Cina selain dari Tahun Baru Cina dan
Chap Goh Meh ialah adat Ulang Tahun Kematian, adat Puja Kampung, adat Mencuci
Kubur, Sembahyang Hajat dan Menjamu Keramat. Adat-adat ini tampak seumpama
perbuatan-perbuatan yang menjadi amalan masyarakat Melayu. Namun ianya pastilah
berbeza dan dijalankan dengan cara dan matlamat yang berbeza bagi mewujudkan
identiti masyarakat Cina yang tersendiri.
ADAT MASYARAKAT MELAYU
ADAT
DALAM MASYARAKAT MALAYSIA DAN KEPENTINGANNYA
Masyarakat Melayu
Adat
secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup. Ianya
mencerminkan segala perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun
musim sama ada berpandukan bulan atau tahun. Itu ialah perkara yang selalu
difahami khalayak berkenaan dengan adat. Suatu perkataan yang sinonim dengan
adat ialah budaya. Walaupun dari aspek bunyinya ia berbeza, tetapi dari segi
pengertiannya, ia adalah konsep yang saling bergantung dan sama.
Adat
seperti yang didefinisikan tadi ialah cara hidup iaitu tingkah laku,
kepercayaan dan sebagainya. Adat bersifat maya iaitu tidak dapat dilihat. Ia
timbul daripada suatu pemikiran berkenaan cara hidup dan tidak dizahirkan.
Apabila ianya dizahirkan dan dapat dilihat perlaksanaanya, misalnya kita
melihat adat bercukur, adat bersanding dan sebagainya, itu sudah menjadi suatu
budaya. Maknanya, budaya ialah suatu bentuk perlakuan yang mencerminkan adat
sesuatu masyarakat itu.
Kerana
dua entiti ini terlalu berkait sifatnya, kita pada hari ini selesa menjadikan
adat dan budaya itu sebagai satu benda yang sama. Yang berbeza cuma cara sebutannya.
Budaya yang difahami dan dilihat, hakikatnya ialah adat. Budaya bersifat tidak
tetap iaitu boleh berubah, Justeru wujud pengkelasan budaya tradisional dan
budaya moden, ini menunjukkan budaya lama dan budaya hari ini tidak sama, maka
ia jelaslah boleh berubah. Adat pula ialah suatu ketetapan yang tidak boleh
berubah, oleh itu bolehlah kita katakan adat sebagai budaya yang asal.
Justeru
dalam membicarakan kepentingan adat dalam membentuk budaya Malaysia pada hari
ini, kita akan membicarakan tentang kepentingan budaya asal yang diubah untuk
dijadikan budaya bersama rakyat Malaysia bagi mewujudkan identiti dan peribadi
rakyat majmuk yang bersifat seragam.
Masyarakat
Malaysia ialah suatu masyarakat yang bersifat majmuk dan pelbagai. Ia juga
disebut sebagai masyarakat Jawi iaitu masyarakat yang bercampur dari pelbagai
latar belakang. Kerana masyarakat Malaysia itu masyarakat Jawi, iaitu yang
pelbagai latar belakangnya, maka setiap bangsa atau ras didalam sistem sosial
Malaysia pastinya berbeza satu sama lain dari segi latar belakangnya. Tidak
terkecuali berbeza dari segi adat dan budaya.
Adat
bagi setiap kaum di Malaysia pastinya dilihat dari sistem nilai yang berbeza.
Martabat adat itu sendiri berbeza kedudukanya bagi masyarakat Malaysia pada
hari ini. Bagi masyarakat Minangkabau sebagai contoh, adat dianggap sebagai
sebuah tradisi lisan yang tinggi sekali martabatnya dalam kehidupan mereka.
Adat dalam konteks Minangkabau bukan sekadar cara bersanding, cara menyantap
hidangan makanan, cara pertabalan Luak dan sebagainya, tetapi adat ialah suatu
peraturan hidup yang perlu dipegang kuat oleh generasi mereka sehingga ke hari
ini. Justeru tidak hairanlah jika didalam masyarakat mereka wujud
istilah-istilah seperti “undang-undang adat”, “mahkamah adat”, “ketua adat” dan
sebagainya. Begitu juga dengan lain-lain kaum di Malaysia, aspek adat masih
lagi dianggap sebagai suatu pengungkap identiti bangsa dan terus dipertahankan
walaupun ia sudah banyak berubah jika dibandingkan dengan perlaksanaanya suatu
ketika dahulu.
Dalam
membicarakan fokus esei ini iaitu kepentingan aspek adat yang menjadi penyatu
bagi mewujudkan peribadi dan identiti kebangsaan, kita seharusnya mengetahui
dahulu berkenaan aspek adat yang menjadi identiti masyarakat yang pelbagai di
Malaysia. Bagi maksud itu, didalam bahagian ini kita akan melihat aspek adat
yang mencerminkan identiti tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan
India.
Masyarakat
Melayu ialah masyarakat asal di Tanah Melayu. Walaupun ada sesetengah sejarawan
khususnya sejarawan Barat era kolonial mendakwa masyarakat Melayu juga
masyarakat pendatang, namun ianya dapat dinafikan dengan mengetengahkan konsep
merantau yang menjadi amalan masyarakat Melayu di Nusantara ketika itu.
Bercakap
berkenaan adat didalam masyarakat Melayu, ramai sarjana mengatakan bahawa adat
Melayu merupakan adat jawi iaitu adat yang bercampur. Ini sesuai dengan
pemahaman kita berkenaan proses pembentukan Melayu itu sendiri yang merupakan
cantuman ras-ras kecil yang beragama Islam, maka wujudlah apa yang dipanggil
Melayu itu. Ini menunjukkan pelbagai percampuran dalam pembinaan adat Melayu.
Dalam soal pembinaan adat Melayu, kita dapat melihat tiga bentuk pengaruh yang
besar dalam proses pembinaan adat Melayu. Pertamanya ialah adat yang
dipengaruhi adat Hindu dan Buddha, yang kedua ialah adat yang dipengaruhi zaman
Hindu/Buddha dan Islam, yang ketiga ialah adat yang berteraskan Islam.
Adat
Melayu yang awal dipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu dan Buddha yang diperolehi
melalui kitab-kitab lama seperti Rayamana dan Mahabrata. Ketika adat ini
diamalkan, Islam masih belum sampai ke Nusantara. Ada diantara adat-adat dalam
period Hindu dan Buddha ini masih diamalkan sehingga ke hari ini. Pastinya kita
pernah melihat upacara persandingan didalam majlis-majlis perkahwinan
masyarakat Melayu. Ini merupakan salah satu contoh adat-adat Hindu yang ditiru
oleh masyarakat Melayu dahulu.
Pemujaan
Raja secara melebih-lebih dalam masyarakat Melayu suatu ketika dahulu juga
merupakan cerminan kepada pengaruh Hindu Dan Buddha dalam masyarakat Melayu
bahkan perkataan “Raja” itu sendiri pun sudah memperlihatkan pengaruh Hindu
yang tebal. Begitu juga dari aspek pertabalan dan adat istiadat Istana Melayu,
terlihat lagi kekuatan unsur Hindu dan Buddha dalam mencorakkan adat Melayu
itu.
Period
atau peringkat yang kedua ialah pengaruh unsur campuran Hindu/Buddha dan Islam.
Pada zaman ini Islam sudah datang ke Nusantara dan majoriti orang Melayu pun
sudah beragama Islam. Namun pengaruh adat lama yang berteraskan Hindu dan
Buddha masih diamalkan. Justeru zaman ini digelar zaman campuran adat
Hindu/Buddha dan Islam dalam masyarakat Melayu. Pada zaman ini, walaupun
masyarakat Melayu sudah Islam, namun mereka mengamalkan adat-adat yang dianggap
menyimpang dari ajaran Islam. Sebagai contoh masyarakat Melayu mengamalkan adat
mandi Safar yang dianggap sebagai suatu usaha untuk membuang sial bulan Safar
dalam kehidupan mereka. Ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang
menganggap perbuatan itu sebagai khurafat. Begitu juga adat puja kampung, puja
pantai dan sebagainya. Ia jelas bertentangan dengan Islam, tetapi tetap
diamalkan dengan meluas didalam masyarakat Melayu yang masih tebal dengan
pengaruh Hindu dan Buddha ketika itu.
Pengaruh
unsur luar yang ketiga didalam masyarakat Melayu ialah pengaruh Islam iaitu
pengaruh yang paling kuat sekali dalam kebudayaan dan adat Melayu. Bagi
masyarakat Melayu, adat ialah kepatuhan yang kedua selepas agama mereka iaitu
Islam. Kepatuhan kuat orang Melayu kepada agama Islam diakui oleh Prof. Syed
Naquib Al-Attas yang mengatakan Islam telah mentamadunkan masyarakat Melayu.
Perlembagaan Malaysia sendiri telah mendefinisikan Melayu sebagai mereka yang
beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Ini
menunjukkan betapa kuatnya Islam didalam hidup orang Melayu.
Apa
yang ingin dijelaskan disini ialah betapa pentingnya agama Islam kepada orang
Melayu. Kerana kepentingan itu, pada zaman pengaruh Islam yang kuat ini,
masyarakat Melayu menjadikan Islam sebagai teras kepada pembentukan adatnya.
Adat-adat yang bertentangan dengan ajaran Islam semakin tidak popular dalam
kalangan masyarakat Melayu dan semakin dikurangkan penggunaanya. Namun pada
zaman Islam ini, adat-adat lampau yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam
tetap diteruskan pengamalanya.
Adat-adat
Melayu yang bercirikan Islam merangkumi adat ketika seseorang dilahirkan,
seseorang meningkat remaja, dewasa, adat dalam kehidupan sehari-hari dan adat
ketika seseorang itu meninggal dunia. Adat-adat yang diamalkan ini sebenarnya
merupakan apa yang disebut sebagai perkara sunat didalam ajaran Islam.
Sebagai
petunjuk kepada pengaruh Islam didalam adat Melayu ialah adat ketika seseorang
itu baru dilahirkan. Antaranya ialah adat bercukur, melaungkan azan dan iqamat
ke telinga bayi dan adat membelah mulut. Bercukur ialah perbuatan mencukur
rambut asal bayi sehingga botak, ianya biasa diadakan pada hari-hari ganjil
seperti hari ketiga, ketujuh, kesembilan dan seterusnya. Bercukur bertujuan
membuang rambut asal bayi yang dianggap kotor dan tidak akan tumbuh dengan
baik. Ia sesuai dengan ajaran Islam yang mementingkan aspek kebersihan dan
kesihatan.
Azan
dan Iqamat pula merupakan tuntutan Islam untuk memulakan pendengaran seseorang
yang baru dilahirkan itu dengan kalimat-kalimat yang mulia. Ada juga golongan
tua Melayu mengatakan ianya merupakan simbolik kepada singkatnya hidup didunia
ini iaitu sesingkat masa yang diambil antara iqamat dan solat yang akan
didirikan. Ketika dilahirkan kita diazan dan diiqamatkan, dan apabila kita
meninggal dunia, kita disolatkan dengan solat jenazah.
Adat
membelah mulut pula menjadi tradisi masyarakat Melayu dengan melalukan manisan
ke bibir bayi yang baru dilahirkan. Adakalanya juga digunakan emas bagi maksud
itu. Adat membelah mulut ini biasanya dilaksanakan oleh orang-orang yang
dianggap alim oleh masyarakat. Ada masa-masanya, ia juga dilakukan oleh bidan
yang menyambut kelahiran bayi itu. Ia bertujuan supaya bayi yang dibelah
mulutnya akan mengikut perangai orang yang membelah mulutnya apabila sudah
dewasa nanti.
Friday, 31 January 2014
KUIZ
KUIZ 1 - SOALAN ESEI (ADAT DAN ETIKA)
a) Jelaskan maksud Etika perniagaan.
b) Cik Norlin menjalankan perniagaan stesen minyak di Cheras, Kuala Lumpur. Jelaskan amalan etika yang dilaksanakan oleh beliau terhadap pihak yang berkepentingan.
c) Usaha melindungi pengguna daripada tindakan tidak beretika peniaga merupakan satu perkara yang rumit. Jelaskan bagaimana sikap pengguna itu sendiri menjadi penghalang kepada usaha untuk melindungi pengguna.
d) Bincangkan mengapa berlakunya amalan-amalan tidak beretika dalam perniagaan.
Wednesday, 29 January 2014
9 ADAB BERNIAGA MENURUT ISLAM
Antara yang di sampaikan oleh Imam Muda Ashraf tentang bagaimana
adab berniaga yang digariskan dalam islam.
Tuesday, 28 January 2014
SENYUM DAN BERFIKIRAN POSITIFLAH....ANDA PASTI TENANG...
Mungkin ini dapat mengurangkan stress anda...
Sunday, 26 January 2014
PENGENALAN
OBJEKTIF KURSUS
Kursus ini memberi kefahaman asas tentang definisi,
konsep-konsep dan teori-teori yang berhubungkait dengan
pengurusan perniagaan secara beretika serta impak dan
kesan secara langsung melalui Pengurusan tak beretika.
Membentuk pengurus yang beretika, erhemah,
bertanggungjawab dan peka terhadap keperluan individu ,
organisasi ,masyarakat , persekitaran dan kerajaan.
kesan secara langsung melalui Pengurusan tak beretika.
Membentuk pengurus yang beretika, erhemah,
bertanggungjawab dan peka terhadap keperluan individu ,
organisasi ,masyarakat , persekitaran dan kerajaan.
KANDUNGAN KURSUS
Modul 1 Pengenalan dan Isu-Isu Etika
Pelajaran
1 : Pengenalan
Kepada Etika Perniagaan
Pelajaran
2 : Falsafah
Dan Teori Moral
Pelajaran 3 : Tangungjawab
Sosial
Modul 2 Pembuatan Keputusan Beretika dan Organisasi
Pelajaran 1 : Faktor-faktor
Yang Mempengaruhi Suasana Etika
Pelajaran 2 : Salah
Laku Etika Dalam Organisasi
Pelajaran 3 : Penggubalan
Dan Perlaksanaan Program Etika
Modul 3 Memantapkan Pengurusan Perniagaan Beretika Melalui Pengalaman Kes
Subscribe to:
Posts (Atom)